Newsflash

The News
Adat Kira-Mengira PDF Print E-mail
Written by Mohd. Johar Mohd Noor   
Friday, 30 October 2009 00:01

Adat kira mengira adalah pada mulanya kita di ajar oleh Adam a.s. pada anak-anaknya adalah seperti berikut:-

  1. Allah S.W.T. telah mencipta langgit dan bumi dalam masa enam hari. Hari yang ketujuh adalah hari semua makhluknya hidup beramal ibadat padaNya. Maka lahirnya kita di muka bumi ini untuk melaksanakan hari yang ketujuh yang berulang-ulang untuk menguji dan menilaikan diri kita samada kita layak atau tidak diterima sebagai orang yang telah lulus atau gagal mengikut penilaian yang adil dariNya. Yang mana yang lulus mendapat keredaanNya dengan balasan nikmat bahagia buat selama-lamanya. Yang mana yang gagal akan diberi pembalasan pembersihan kekotoran yang kita telah lakukan mengikut berapa banyak dosa yang telah kita lakukan mengikut peringkat ke dalam api neraka dari satu hingga ke enam adalah manusia yang boleh dibersihkan. Akan tetapi pada neraka yang ke tujuh adalah mereka yang merosakkan dirinya yang tidak dapat dibersihkan lagi, maka kekal abadi di dalamnya. Cuba kita hemati dengan pancaindera kita bila kita melihat membaca dan berkata dan kita mendengar akan rekabentuk peralatan yang canggih di zaman terkini. Logam besi yang dituangkan dalam acuan untuk di jadikan sesuatu peralatan cukup keras tetapi rapuh bila diketuk dengan gegaran yang kuat ia pecah berderai. Maka apabila menggunakan kaedah bagaimana Allah membesihkan kekotoran dosa manusia dalam api neraka. Maka kaedah ini telah kita gunakan untuk membersihkan logam besi yang rapuh ini disebabkan terlalu banyak kandungan tahi besi di dalamnya. Maka cara membersihkan tahi besi ini dimasukkan dalam ketuhar hampagas dibakar dengan suhu kepanasan yang tidak mencairkan logam itu agar bentuk asalnya tidak berubah. Lagi lama waktunya ia dibakar lagi banyak tahi besi itu akan hilang. Maka terbentuklah logam yang kukuh, liat, menjadi waja yang baik, tidak mudah rapuh bila diketuk. Maka peralatan untuk berbagai rupabentuk dapat kita nikmati dizaman ini. Bebagai peralatan cangggih seperti kenderaan darat, laut, udara dan angkasa lepas dibina adalah kita pinjam dari kebijaksanaan dan kepandaian Allah S.W.T. dalam membersihkan makluknya yang berdosa itu. SubhanaAllah.

  2. Marilah kita tetapkan bilangan hari hidup kita adalah tujuh (7) hari yang berulang-ulang yang diajarkan oleh Adam a.s.ia itu:-

 1. MINGGU TUJUH HARI

  1. AHAD

  2. ISNIN

  3. SELASA

  4. RABU

  5. KHAMIS

  6. JUMAAT

  7. SABTU.

  8. HARI KIAMAT  yang menghapuskan tujuh hari yang berulang-ulang itu.

  9. HARI PENGADILAN

  10. HARI PEMBALASAN yakni syurga dan neraka.

  11. HARI DISAMPING KEREDAAN ALLAH S.W.T.

Semoga kita dapat manfaat yang serba sedikit tetang adat kira mengira kita.

Yang Maha Pandai dan Maha Bijaksana adalah Milik Allah S.W.T.

Yang maha bodoh adalah diriku ini. Lagi banyak belajar ilmu lagi maha bodohlah diriku disisiNya. Kita hanya menyampaikannya sahaja. Amin.

Last Updated on Sunday, 01 November 2009 09:34
 
Logo Pendaftar PDF Print E-mail
Written by Mohd. Johar Mohd Noor   
Sunday, 25 October 2009 02:42

 
Adat Seni Hukum PDF Print E-mail
Written by Mohd. Johar Mohd Noor   
Thursday, 22 October 2009 01:57

Adat Bersendikan kira mengira dalam hemati sesuatu Hukum. Hukum Bersendikan perintah kalamuAllah dalam Al Quran dan Hadith Nabi Muhammad s.a.w. sebagai penutup nabi, yang merangkumi adat resam syariat Melayu Islam yang bermula dari Nabi Adam a.s. yakni Kitab-kitab ALLAH. Syarak Menitah Mengata Memerintah, Adat kira mengira Menurut perintah, Melaksanakan dengan hemati agar ia tidak bercanggah akan perintah Allah S.W.T.".

ALLAH menjadikan manusia bersuku-suku dan berbangsa-bangsa untuk kita saling kenal mengenal dan INSAFlah kembali ke BANI ADAM adalah adat kira mengira hemati kita menjadi SATU bangsa. Ikatan tali-temali silaratul-rahim, keteguhan Umat Islam. Kebersihan diri dipenuhi dengan SABAR itu sebahagian daripada iman.  Dan amalan yang ikhlas dangan adat kira megira hemati kita menjadi manusia yang mukhlis adalah kata kunci keselamatan kita di dunia ke akhirat menjadi selamat akan jalan-jalan cubaan, dugaan daripada Allah .S.W.T. yang wajib kepada diri kita menghadapinya. Amin!

Last Updated on Thursday, 29 October 2009 05:37
 
Adat lawan Budaya. Yang mana benar? PDF Print E-mail
Written by Mohd. Johar Mohd Noor   
Wednesday, 21 October 2009 12:49

Bencana ditimpa sebab kesesatan budaya yang kita pertahankan. Adakah ia benar?

 

Betapa kesatnya telah dihasut oleh pihak Iblis dan Syaitan untuk memecah-belahkan ikatan tali-temali silaratul-rahim kita dengan mengunakan perkataan buda dan kita membenarkannya dengan berkata ya maka terbentuklah perkataan budaya di mana apabila kita dijajah oleh jalan kesesatan Iblis dan syaitan telah membuangkan kalimah atau kalamuAllah ia itu adat-resam syariah melayu yang menjadi perkiraan atau ilmu hisab yang telah kita persetujui bersama mengikut syariat Islam yang diputuskan oleh alim-ulama yang beriman dan warak berpadukan Al-Quran, Hadith Nabi Muhammad s.a.w. dan wahyu atau ilham dari Allah S.W.T. kepada rasul-rasul, nabi-nabi, wali-wali Allah, alim-ulama, perwaris para rasul dan nabi yang bergelar ambiyak, pendeta, ahli sufi dan lain-lain yang taat setia pada perintah Allah S.W.T. yang mengEsakanNya dan takut padaNya daripada menyekutukanNya yang menjadi kemurkaanNya.

 

Peristiwa bencana alam yang menimpa pada diri kita sebagai satu musyibah amaran dan ujian daripada Allah S.W.T. agar kita insaf ke atas ketelanjuran biadapnya kita bila kita tersesat jalan bersengketa mempertahankan budaya di mana perkataan budaya ini seperti yang dijelaskan seperti di atas telah memisahkan kita yang saling berdoa memohon pada Allah S.W.T. untuk mendapat perlindungan keselamatanNya menjadi maki-hamun memohon bala bencana yakni jalan yang disesatkan oleh Iblis dan Syaitan.

 

Bencana Alam Sunami di Aceh dan lautan Hindi telah berlalu pada 26 Disember 2004 Masihi. Dengan adat resam syariah, kita ikat kembali saling bantu membantu untuk menghadapi musyibah yang menimpa kita dengan ikatan tali-temali silaratul-rahim yang telah sekian lama jalan kesesatan Iblis dan Syaitan 'laknatullah' telah memisahkan kita. Kita saling berdoa dan merapatkan ikatan kita itu sehingga peristiwa itu telah kita lupa apabila kita mendapat barakah dan kesenangannya. Maka jalan kesesatan Iblis dan syaitan kecundang. Iblis dan Syaitan 'laknatullah' masih mencari jalan berulang-ulang dan berterusan untuk menyesatkan kita. Mulailah ia menghasutkan kita dengan membangkit ke atas perkara perbalahan yang kecil-kecil diperbesarkan dan perkara besar kebajikan kita diperkecilkan, maka malang menimpa kita sekali lagi.

 

Malangnya pada awal tahun 1430 Hijrah /2009 masihi kita diheret oleh jalan yang sesat oleh Iblis dan Syaitan untuk mempertahankan budaya sehingga menjadi sengketa benci membenci sehingga  ada yang sanggup membakar bendera atau (Link bukti ini) negara yang di bencinya itu. Kita tidak lagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kepada Allah S.W.T.  Malangnya Kita telah mempertahankan perkara yang bathil dengan perkataan budaya yang jelas sesat lagi menyesatkan. Dengan Adat resam syariah yang terikat di alam diri kita timbul simpati perikemanusiaan yang amat jelas dan nyata apabila bencana musyibah yang Allah S.W.T. menguji kita lagi ke atas bencana alam yang berlaku pada 2 haribulan September 2009 , 12 haribulan Syawal 1430 Hijrah, dan  31 haribulan September 2009 di mana ikatan saling bantu dan membantu antara satu sama lain muncul lagi dengan kita mengunakan kembali adat-resam syariah melayu. Di manakah peranan budaya pada ketika ini?

ADAT-lah yang membenarkan ikatan silaratul-rahim kita kembali semula. Maka budaya perkataan yang sesat lagi menyesatkan itu hendaklah kita buangkan dan hapuskan dari kamus penulisan kita. Kita ikat kembali perkataan Adat resam syariah melayu kita agar kita sama-sama kembali ke jalan yang hak lagi benar sentiasa menjadi adat resam syariah melayu yang semata-mata mengEsakan Allah S.W.T. hingga ke hari yang terakhir atau muta-akhir atau kiamat. InsyaAllah.

 

Sama-samalah kita putuskan perkara ini yang menjadi wajib dalam adat-resam syariah melayu Islam kita.

 

Marilah kita daftarkan diri kita dengan mengisi borang di alamat seperti berikut:

www.pendaftar.info agar kita sama-sama memperbaiki segala adat resam syariah melayu Islam kita diletakkan di tempat yang sebenarnya,

Last Updated on Saturday, 07 November 2009 13:03